Kelas Learn English Have Fun (Part of Body)

6 November 2018 | Aktiviti Terkini

5 November 2018 – Memandangkan sekolah bercuti pada hari Isnin sempena Cuti Deepavali yang bakal di sambut pada hari Rabu, maka PI Linggi telah dikunjungi oleh ramai pelajar sekolah pada pagi tersebut. Bagi memanfaatkan masa yang terluang, Pengurus PI iaitu Puan Yusaini mengajak pelajar-pelajar yang ada untuk belajar Bahasa Inggeris secara eLearning melalui laman web interaktif di learninggamesforkids.com dan freddiesville.com.

Kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke 1.00 tengahari dan dihadiri oleh seramai 8 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah.

Di dalam laman web learninggamesforkids.com dan freddiesville.com ini terdapat banyak topik yang boleh dipelajari dan sesuai untuk pelajar melatih kemahiran Bahasa Inggeris mereka. Topik yang dipilih pada hari ini ialah Parts of Body. Pelajar dapat belajar mengeja, menaip dan mengenal nama bahagian badan dengan cara yang menyeronokkan dan mudah diingat dalam bentuk permainan seperti jigsaw puzzle, wordsearch, match & label, audio match dan banyak lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali